12,000 kuih raya untuk ‘Frontliners’

Siti Zabidah Abdul Hamid (kanan) ketika menjadi tetamu dalam rancangan Galeri Ramadan yang disiarkan secara langsung melalui laman sosial Kelantan TV hari ini.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Bulan Ramadan setiap tahun Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (PURNAMA) tidak lupa menyampaikan sumbangan kepada pesakit di hospital.

Bagaimanapun program menjejaki pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian tahun ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Yang Dipertua Purnama, Datin Siti Zabidah Abdul Hamid berkata, program itu diubah kerana akur dengan pelaksanaan PKP bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

“Tahun ini kita tukar dengan memberi sumbangan kepada barisan hadapan seramai 716 orang yang bertugas di HRPZ, Hospital Tumpat dan Hospital Kuala Krai,” katanya pada rancangan Galeri Ramadan yang disiarkan secara langsung melalui laman sosial Kelantan TV hari ini.

Siti Zabidah berkata, Purnama menyediakan sebanyak 12,000 kuih raya untuk diagihkan kepada petugas di barisan hadapan terbabit.- HARAKAHDAILY 4/5/2020

- Advertisement -