PKPB: Patuhi saranan KKM atasi COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kunci utama untuk mengekang penularan wabak Covid-19 ketika ini adalah dengan memenuhi tanggungjawab sosial, kepatuhan sosial dan penjarakkan sosial.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah, perkara yang paling penting apabila Malaysia mengambil keputusan untuk membuka sektor ekonomi adalah pematuhan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM.

“Kita ada garis panduan yang ditetapkan serta SOP-SOP tersebut perlu dipatuhi. Jadi kita merayu kepada rakyat Malaysia untuk kepatuhan sosial.

“Ia menjadi tanggungjawab bersama, bagaimanan kita boleh patuh pada SOP KKM, dan kalau kita boleh patuh kepada SOP, jadi kita boleh membenarkan perniagaan, itu yang penting.

Semalam, 105 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dengan 116 kes pulih menajdikan jumlah kes aktif adalah 1,747 kes.

Daripada jumlah itu, 31 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 12 daripadanya memerlukan alat bantan pernafasan.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan pembangunan vaksin, kata Dr Noor Hisham ianya kini berada di Fasa Kedua, namun China, iaitu negara asal tercetusnya Covid-19 berkemungkinan akan menyelesaikan Fasa Kedua penghujung tahun ini.

“Mereka akan siapkan kajian Fasa Kedua mungkin November atau Disember, dan bila selesai kajian Fasa Kedua, kita laksanakan kajian Fasa Ketiga, iaitu melihat kepada keberkesanan vaksin tersebut didalam badan manusia.

“Jadi kita telah berbincang dengan mereka dalam dua sidang video, mereka telah bersetuju kalau kita boleh dijadikan Malaysia sebagai negara tempat untuk penyelidikan dan kajian Fasa Ketiga

“Kita tunggulah keputusan laporan Fasa Kedua dahulu sebelum kita boleh teruskan Fasa Ketiga,” ujarnya dalam satu sidang media harian KKM di Putrajaya, semalam. – HARAKAHDAILY 3/5/2020

- Advertisement -