PKP: Sumbangan Ramadan erat PAS dan warga setempat

TITIWANGSA: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Titiwangsa telah menyumbangkan bantuan berupa barangan asasi kepada penduduk berikutan pandemik COVID-19.

Advertisement

Sumbangan tersebut diagihkan pemberiannya kepada warga setempat yang telah dikenalpasti terjejas sumber pendapatan mereka kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Turut disantuni menerusi program Sumbangan Iftar dan Pek Raya dengan kerjasama PAS Zon Kampung Baru adalah anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di Jalan Kampung Paya dan Sungai Baru.

Dalam kesempatan sama, sumbangan turut dihulurkan menerusi Ahli Jawatankuasa PAS Zon Kampung Baru iaitu Yusop Sukaruman dan Ustaz Suhaimi Abd Aziz kepada pihak Tahfiz Al-Yamani di Flat 17 PKNS.

Sementara Pemuda dan Muslimat PAS Zon Pandan telah membuat edaran topeng muka (face mask) sumbangan Menteri, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di Pasar Maluri dan Pasaraya Star Grocer.

Edaran tersebut sekali gus membawa mesej kepada masyarakat untuk peka kepada tatacara kebersihan dan keselamatan diri dalam mencegah penularan virus pembawa maut itu. – HARAKAHDAILY 3/5/2020