Media ‘gatekeeper’ buat kami – Menteri JPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-ndang), Dato’ Takiyuddin Hassan mengucapkan Selamat Hari Kebebasan Media Sedunia buat semua pengamal media di Malaysia.

Menurut beliau, kebebasan media sering menjadi perdebatan banyak pihak.

- Advertisement -

Katanya, ada yang kata media tiada kebebasan dalam pelaporan dan ada juga pendapat yang menyebut media terlalu diberi muka sehingga berani menegur dan mengkritik tanpa usul periksa.

Hakikatnya kata beliau, dalam dunia tanpa sempadan manusia sentiasa mendahagakan maklumat.

“Apalagi ia kini sangat mudah didapati, hanya menerusi hujung jari sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, media juga bertindak sebagai frontliner di mana wartawan serta pemberita bertanggungjawab melapor apa yang benar, amanah dalam tugasan serta tidak bias dalam membuat laporan.

“Andalah `gatekeeper’ buat kami. Tanpa anda kami kehausan informasi,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 3/5/2020

- Advertisement -