PDRM-JPN bekerjasama banteras pemalsuan Mykad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum terdapat banyak terbitan di media sosial berkenaan MyKad palsu, kini semua kenyataan dan gambar telah ditelitikan serta disemak oleh Jabatan Pendaftaran negara (JPN)

Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata satu laporan polis telah dibuat oleh JPN untuk diambil tindakan lanjut berkenaan laman sesawang yang mengiklankan dan menjual MyKad palsu dalam talian.

Katanya menjelaskan gambar MyKad palsu yang tular di media sosial ketika ini adalah gambar lama yang dimuat naik semula, bagaimanapun tiada gambar dan maklumat pemalsuan MyKad baru dikenal pasti.

- Advertisement -

“Untuk makluman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat tangkapan terhadap inidividu yang terlibat dengan kes pemalsuan MyKad di Pulau Pinang (2019) dan semua tertuduh sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.

“Ekoran penularan gambar lama tersebut, terdapat juga desakan oleh bebeapa pertubuhan dan individu yang menggesa kerajaan menukar MyKad sedia ada kepada Mykad baharu bag menangani pemalsuan MyKad,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam hal ini katanya, JPN sentiasa mengkaji penambahbaikan dan pembaharuan terhadap MyKad khususnya dari aspek keselamatan, di samping telah menambahbaik prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan mengetatkan proses semakan dari kelulusan dokumen pengenalan diri serta memantapkan pemantauan dalam sistem JPN.

Jelasnya, kerajaan memandang serius terhadap kes melibatkan pemalsuan MyKad sama ada melibatkan kakitangan JPN atau sindiket tertentu.

“PDRM dan JPN akan terus bekerjasama melalui ‘Ops Biru’ dengan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kes pemalsuan MyKad bagi memburu dalang yang terlibat.

“Kerajaan tidak sama sekli melindung dan berkompromi terhadap sebarang salah laku berkenaan perkara ini.

Berikutan itu, Hamzah memohon orang ramai untuk segera menghentikan penyebaran mesej yang bersifat berita palsu di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan rakyat.

Katanya, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun katanya, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat terkini berkenaan sindiket atau pemalsuan MyKad boleh terus melaporkan maklumat kepada KDN, PDRM atau JPN secara langsung.- HARAKAHDAILY 2/5/2020

- Advertisement -