Talian Sejahtera beri khidmat sokongan psikologi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mewujudkan satu inisiatif dalam menjaga kebajikan ahli Muslimat PAS seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKP melalui Gerakan Wanita Sejahtera.

Menurut Setiausaha Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Nurul Hani Ali berkata inisiatif tersebut merupakan tawaran khidmat sokongan psikososial secara percuma diadakan oleh Kaunselor Berdaftar dan Pegawai Psikologi khusus untuk Ahli Muslimat PAS.

- Advertisement -

“Bagi sesiapa yang mengalami situasi seperti, fikiran kosong dan tidak dapat berfikir secara baik, gelisah, dan mempunyai gangguan sukar untuk tidur, kurang selera makan, perubahan mood secara mendadak, putus harapan atau putus asa boleh mengikuti khidmat yang ditawarkan ini, katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, bagi yang ingin mendapatkan pandangan kedua dalam mengurus emosi dan menghadapi situasi semasa juga boleh untuk mendapatkan khidmat tersebut.- HARAKAHDAILY 1/5/2020

- Advertisement -