Hantar pelajar pulang, satu langkah tepat – Kamaruzaman

Muka gembira pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) apabila dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing selepas lebih sebulan terkandas di kampus ekoran PKP. Sumber Foto- KPT
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil langkah menghantar pelajar Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) merupakan satu langkah yang tepat.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad, ia merupakan satu langkah yang baik dimana rakyat Malaysia sendiri dapat saksikan pelaksanaannya yang begitu cermat dan teliti sejak awal Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

“Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di kampus masing-masing secara pemantauan yang begitu rapi dan kemas, dimana pelajar-pelajar ini telah dikuarantin dan diberikan segala kemudahan didalam proses mereka ini ditempatkan di kolej masing-masing,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

- Advertisement -

Katanya, kesemua pelaksanaan tersebut jelas dilakukan demi keselamatan pelajar-pelajar daripada menjadi mangsa wabak Covid-19 yang seterusnya selain memastikan kebajikan para pelajar dijaga dengan baik sepanjang proses kuarantin berjalan.

Mengulas lanjut, menurut pengamatan Kamaruzaman, proses menghantar pulang para pelajar mengikut prosedur keselematan yang ketat dimana proses penghantaran ini dibuat dengan mengikut saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelasnya, langkah ini sangat penting demi mengelakkan pelajar-pelajar mendapat kemungkinan dijangkiti oleh wabak Covid-19 sepanjang proses penghantaran mereka pulang.

Malah, ia turut dikhuatiri terjadinya penyebaran akibat daripada aktiviti menghantar para pelajar pulang.

“Jadi dengan langkah yang begitu ketat dan begitu baik, maka proses penghantaran pulang ini dapat dilaksanakan dengan baik, dan ini dapat menjamin keselamatan para pelajar dan juga ibu bapa mereka di kampung,” ujarnya lagi.

Beliau mahalan turut menyatakan keyakinannya terhadap proses tersebut memandangkan pelajar telahpun dikuarantin dan mereka pastinya bebas daripada jangkitan wabak tersebut.

“Dalam menyambut ramdahan ini pastinya mereka dan juga ibu bapa mereka ingin untuk sama sama menghdapai bulan Ramadan ini bersama anak-anak dan ibu bapa mereka, maka ini satu langkah yang sangat tepat insya-Allah,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 1/5/2020

- Advertisement -