Covid-19: 4,210 jumlah kes pulih keseluruhan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 39 orang yang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 4,210.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 69 orang yang disahkan positif Covid-19, menjadikan jumlah kes positif wabak tersebut adalah sebanyak 6,071 kes.

Katanya, daripada jumlah tersebut 12 kes adalah import dan 57 adalah penularan tempatan. Ini bermakna, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,758 kes.

- Advertisement -

“Sehingga kini seramai 37 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 14 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 sebentar tadi.

Menurutnya, terdapat satu kes kematian berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 103 kes atau 1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-103 adalah kes ke-5,441) merupakan lelaki warganegara Malaysia berusia 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes ke-4,818. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 14 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020 jam 4.00 petang,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 1/5/2020

- Advertisement -