Bekerjalah dengan tekun – Ahmad Amzad

Selamat Hari Pekerja 2020

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Para pekerja diingatkan agar terus bekerja dengan kuat, tekun, penuh rasa tanggungjawab, prihatin dan profesional.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Ahmad Amzad Hashim merakamkan, ucapan Selamat Hari Pekerja 2020 kepada semua pekerja di Malaysia dan luar negara.

Katanya, peranan para pekerja sekalian sama ada di Malaysia mahupun luar negara adalah sangat besar dalam proses pembangunan negara ini.

“Dengan ingatan tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Pekerja 2020, pada 1 Mei ini kepada semua pekerja di Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang sedang berkhidmat di luar negara.

“Semoga para pekerja di luar sana terus kuat dan itqan (tekun) untuk terus bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab, prihatin dan profesional,” ujarnya, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian dalam satu kenyataan medianya sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2020 ini.

Menurut Amzad, apapun posisi pekerjaan itu yang penting kejujuran dan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Ketahuilah sesungguhnya peranan kalian sangat besar dalam proses pembangunan negara kita. Walau di mana sahaja posisi anda, terus jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas yang dipikul.

“Semoga dengan hadirnya rasa itu kehidupan kita menjadi lebih berkat, insya-Allah,” tegasnya.

Hari Pekerja atau ‘Hari Buruh’ yang diraikan pada 1 Mei setiap tahun juga disebut sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. – HARAKAHDAILY 1/5/2020

- Advertisement -