Dibenar keluar berdua kerana kes Covid-19 menurun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan dua orang untuk keluar bagi urusan yang dibenarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berpandukan kepada kes positif Covid-19 mulai menurun.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga mengambil maklum terhadap aduan daripada orang ramai yang mengalami sedikit kesusahan apabila keluar bersendiri.

- Advertisement -

“Pada PKP pertama dan kedua ditetapkan sebuah kereta hanya dibenarkan seorang kerana ketika itu kes positif Covid-19 terlalu tinggi.

“Selain itu, kita juga mendapat banyak aduan daripada pemandu yang terpaksa bersendirian. Ada juga aduan bahawa isteri mereka bekerja tetapi tidak boleh memandu memerlukan suami hantar ke tempat kerja.

“Itu antara perkara yang kita pertimbangkan lebih-lebih lagi apabila kita lihat graf kes positif Covid-19 mulai menurun daripada biasa,” katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebentar tadi.

Bagaimanapun terdapat kebimbangan berlakunya kesesakan di pasar raya, beliau percaya pihak pasar raya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan meliputi penjarakan sosial dan jumlah yang dibenarkan masuk dalam satu masa.

Namun beliau tidak menafikan akan berlaku barisan yang panjang untuk menunggu giliran, bagaimanapun penjarakan sosial mesti dipatuhi.- HARAKAHDAILY 30/4/2020

- Advertisement -