EXCO tinjau kelancaran ‘USAS Ops Pulang’

- Advertisement -

KUALA KANGSAR: Keseluruhan 7,545 mahasiswa dari Institusi Pengajian Tinggi di negeri Perak kini dalam proses dihantar pulang ke kediaman masing-masing bermula hari ini.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri, Razman Zakaria berkata, usaha kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi itu sangat wajar.

Menurutnya, hal tersebut setelah para penuntut tersebut telah menanti hampir dua bulan untuk bertemu keluarga masing-masing akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.

Razman hadir menyaksikan pelepasan kumpulan pertama penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Bukit Chandan, di sini pagi tadi.

Maklum beliau, terdahulu setiap penuntut menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diberi kebenaran pulang termasuk mereka yang memandu kenderaan sendiri.

Tambahnya, usaha tersebut turut mendapat bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar yang melakukan sanitasi ke atas tujuh bas membawa 186 pelajar USAS tersebut.

“Kita juga dapat lihat, usaha ini berjalan dengan sebaiknya dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Negara, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob,” jelas beliau.

Turut hadir menyaksikan pelepasan itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar USAS, Prof Dato’ Dr Wan Sabri Wan Yusof mengiringi Razman di dalam lawatan ke USAS itu. – HARAKAHDAILY 30/4/2020

- Advertisement -