Dobi, bengkel kenderaan dibenar beroperasi di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan akan memberi kelonggaran operasi tiga jenis perniagaan iaitu kedai dobi, bengkel kenderaan dan perkakasan (hardware) dalam masa terdekat.

Perkara itu diambil kira berikutan Kelantan menunjukkan sifar kes terbaru Covid-19 selama 13 hari berturut-turut.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri hari ini.

“Walaupun premis tersebut dibenarkan beroperasi di negeri lain, Kelantan sebelum ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu sebelum keputusan dicapai hari ini,” ujarnya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Kota Darul Naim.

Mohd Amar juga berkata, premis yang dibenarkan beroperasi perlu membuat permohonan selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya juga sehingga sekarang ratusan premis berkenaan sudah membuat permohonan.

“Keputusan mesyuarat hari ini akan dibawa kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum premis itu beroperasi dalam masa terdekat,” katanya.- HARAKAHDAILY 30/4/2020

- Advertisement -