Ceroboh perairan: Malaysia perlu anjakan paradigma

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pencerobohan perairan Malaysia di Laut China Selatan oleh pihak luar yang masih tiada titik noktah memerlukan pertimbangan anjakan paradigma oleh pihak kerajaan dalam menanganinya.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata masalah pencerobohan berterusan kapal tentera laut milik negara China secara besar-besaran telah mencabar kedaulatan perairan negara di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).

- Advertisement -

Katanya, pencerobohan itu juga berpotensi menganggu operasi carigali petroleum di perairan berkenaan.

Selain itu, katanya pencerobohan para nelayan Vietnam secara besar-besaran di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang sehingga menganggu sumber perikanan negara.

“Malah telah mengancam nyawa secara fizikal nelayan tempatan dengan adanya laporan yang mencabar menunjukkan senjata.

“Industri Petroleum negara juga berpusat diperairan Terengganu dan Kelantan,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Malahan ujarnya, terdapat juga masalah pengganas lanun yang memasuki perairan Sabah yang berada di bawah kawalan pihak berkuasa Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Beliau turut berpandangan bahawa kawalan perairan negara masih kekurangan dari segi pengawasan kedaulatan.

“Saya fikir kita masih kekurangan dari segi ‘sovereignty presence’ sama ada infrastruktur atau armada maritim di laut atau udara serta saiz pasukan di Laut China Selatan yang mempertegaskan kekuasaan dan kedaulatan negara terhadap perairan yang menjadi milik negara.

“Laut China Selatan juga dikatakan mempunyai anggaran rezab hasil petroleum bernilai lebih USD 3 trillion,” ujarnya.

Menurut Amzad, mungkin terdapat pendekatan berbeza yang perlu diambil bagi memberi isyarat ketegasan dan kekerasan dalam menangani pencerobohan nelayan Viernam selain meja diplomasi hubungan dua hala dengan negara berkenaan.

Tambahnya lagi, mungkin juga memerlukan tambahan penggunaan Teknologi dan Inovasi dalam pengawasan.

“Misalnya menggunakan teknologi remote sensing, satelit, drone, kapal pemintas pantas, kapal peronda atau pangkalan tentera tengah laut dengan mengubahsuai platform carigali yang sudah tidak digunakan,” katanya.- HARAKAHDAILY 30/4/2020

- Advertisement -