Muslim di India hadapi Covid-19, diskriminasi

Dato' Dr Johari Mat
- Advertisement -

KOTA BHARU: Umat Islam di India kini berhadapan dengan cabaran besar bukan sahaja Covid-19, malah tindak-tanduk serta sikap pemerintahnya terhadap golongan minoriti di negara itu.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Dr Johari Mat berkata, ujian yang menimpa umat Islam di India ketika ini sangat besar berikutan penularan wabak di samping diskriminasi kerajaan.

- Advertisement -

Katanya ujian berat yang perlu mereka hadapi sekarang hanya mampu dilalui dengan sikap sabar.

“Apa yang berlaku sekarang tentu ada hikmah yang kita sendiri
tidak tahu.

“Nasihat saya dalam suasana apa sekali pun berlaku, kita perlu
berusaha untuk berpegang teguh dengan ajaran Islam kerana nilainya sangat tinggi,” katanya di sini hari ini.

Februari lalu menyaksikan rusuhan meletus di Delhi yang mengakibatkan puluhan kematian kebanyakannya orang Islam yang menjadi sasaran nasionalis Hindu.- HARAKAHDAILY 29/4/2020

- Advertisement -