Lagi PPE dihasilkan PAS Kota Samarahan

- Advertisement -

KOTA SAMARAHAN: PAS Kawasan Kota Samarahan telah menyerahkan sumbangan fasa ketiga peralatan perlindungan peribadi (PPE) kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, di sini semalam.

- Advertisement -

Penghasilan PPE dan sumbangan ini adalah satu inisiatif dalam menzahirkan solidariti serta suntikan sokongan atas komitmen dan pengorbanan para petugas barisan hadapan memerangi jangkitan COVID-19.

Sebanyak 72 pelindung muka dan 278 penutup kepala diserahkan bagi kegunaan khusus petugas kesihatan dan perubatan hasil usaha keras ahli PAS Kota Samarahan menyiapkan usaha dari kesinambungan berfasa ini.

Serahan tersebut telah disampaikan sendiri wakil PAS Kota Samarahan, Nizar Ahmad yang hadir ke premis itu untuk seterusnya dilakukan agihan bagi keperluan para petugas terlibat dalam tanggungjawab tersebut.

Setakat rekod sehingga kini, Kota Samarahan termasuk dalam kategori zon merah COVID-19 apabila mencatatkan kumulatif 87 kes, sekali gus juga menuntut penduduknya berdisiplin mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. – HARAKAHDAILY 29/4/2020

- Advertisement -