Covid-19: Pengurusan ihtirafi ditangguh

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengurusan ihtirafi (profesional) yang sepatutnya dilaksanakan melibatkan penjawat awam negeri tahun ini terpaksa ditangguhkan kerana penularan Covid-19.

Pengarah Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik (Spark) Pejabat Menteri Besar, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, modul pengurusannya dirangka sejak 2019.

- Advertisement -

Malah kata beliau sebuah unit khas ihtirafi yang diletak di bawah Bahagian Koordinasi dan Program Khas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) diwujudkan.

“Modul yang dirangka oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat SUK sudah selesai siap tahun lepas lagi dan sepatutnya dilaksanakan tahun ini.

“Tetapi ditangguhkan dahulu pelaksanaannya kerana melihat situasi sekarang dengan penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu slot bicara facebook Kelantan TV hari ini.

Istilah pengurusan ihtirafi diumumkan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada Amanat Khas Tahun Baharu 2019.- HARAKAHDAILY 29/4/2020

- Advertisement -