Jangan sebar berita palsu

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber foto: Bernama
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masyarakat diingatkan menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita mengenai Covid-19 sebelum dikongsi dalam media sosial bagi mengelak penyebaran berita palsu.

- Advertisement -

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai perlu berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.

“Saya perlu memberi peringatan, jika tidak pasti jangan sesekali mengongsikannya kerana yang menyebarkan dan berkongsi berita palsu boleh diambil tindakan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu,” ujarnya.

Dalam pada itu, orang ramai boleh menyemak kesahihan berita di portal yang disediakan oleh SKMM.

“Boleh menyemak kesahihan berita melalui portal sebenarnya.my,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, sehingga semalam PDRM dan SKMM telah membuka 238 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19. Sebanyak 170 masih di dalam siasatan, manakala 24 kes masih di dakwa di mahkamah dan 13 telah mengaku salah. – HARAKAHDAILY 28/4/2020

- Advertisement -