Ibadat puasa, akur PKP ada persamaan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Titik persamaan antara ibadah puasa dan akur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 iaitu sabar.

Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), Dato’ Dr Johari Mat berkata,
orang berpuasa tidak boleh makanan, minum walaupun dihalalkan agama.

- Advertisement -

Manakala Covid-19 pula katanya membataskan pergerakan rakyat sebagai usaha bagi memutus rantaian wabak.

“Sebelum ini kita pergi ke sana ke sini dengan keluarga, sekarang kita kena sabar, situasi sekarang mengajar kita supaya dapat menjalani ibadah ini dengan lebih baik.

“Tahun ini juga Bazar Ramadan tiada, jadi tidak boleh beli atau
berbelanja sehingga berlaku pembaziran makanan, persekitaran kita juga semakin bersih,” katanya pada rancangan Kelantankini yang disiarkan secara langsung di laman Kelantan TV hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, individu yang melanggar arahan PKP menjadi satu kesalahan.- HARAKAHDAILY 28/4/2020

- Advertisement -