4,878 lagi mahasiswa akan pulang ke kampung esok

- Advertisement -

PUTRAJAYA: 4,878 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) akan dibenarkan untuk bergerak pulang ke kampung masing-masing di dalam zon yang sama esok.

- Advertisement -

Daripada jumlah itu, 653 dijangka meninggalkan universiti masing-masing di dalam Zon Utara, manakala 1,165 akan bergerak di dalam Zon Timur, 2,164 di dalam Zon Sabah serta 833 bergerak pulang di dalam Zon Sarawak.

Sementara itu, 88 pelajar dijangka akan meninggalkan Zon Utara menuju ke Zon Tengah malam ini menggunakan bas yang sama menghantar pelajar dari Zon Tengah ke Zon Utara semalam setelah disanitasi.

Untuk pergerakan malam ini, antara universiti yang terlibat adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dan Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Semalam, 790 pelajar dilaporkan selamat sampai ke semua destinasi di Zon Utara, iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang melibatkan sembilan buah universiti tempatan.

Perkara tersebut dilaporkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 28/4/2020

- Advertisement -