PKPD di Simpang Renggam ditamatkan esok

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor bakal ditamatkan operasi bermula esok.

- Advertisement -

Bagaimanapun, PKPD Sungai Lui, Hulu Langat yang membabitkan sebuah Maahad Tahfiz akan diteruskan seminggu lagi sehingga 5 Mei bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di kawasan tersebut.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disini, hari ini.

Simpang Renggam adalah lokasi pertama di negara ini yang dikenakan PKPD berkuat kuasa 27 Mac lalu selepas 61 penduduknya dikesan positif Covid-19.- HARAKAHDAILY 27/4/2020

- Advertisement -