Bekalan ikan cukup sepanjang PKP – Menteri

Dato’ Che Abdullah Mat Nawi ketika melawat Kompleks LKIM Pengkalan Kubor bagi memastikan bekalan ikan sepanjang PKP mencukupi, di sini hari ini.
- Advertisement -

TUMPAT: Lambakan sayur yang berlaku di negara ini khususnya di Cameron Highlands sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diatasi pelbagai pihak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, selain agensi kerajaan ia turut dibantu NGO dengan kaedah pembelian.

- Advertisement -

Katanya, lambakan sayur memang berlaku di peringkat awal PKP kerana petani tidak dapat memasarkan sayur mereka.

“Namun sekarang pelbagai pihak tampil membeli sayur secara pukal untuk diagihkan kepada pihak lain.

“Pihak FAMA pergi beli, begitu juga NGO beli untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasuk diberikan kepada pihak Zoo,” katanya di Kompleks LKIM Pengkalan Kubor hari ini.

Oleh itu kata beliau secara keseluruhannya isu lambakan sayur sudah selesai.

Beliau juga berkata, bekalan ikan sepanjang PKP mencukupi dengan stok di pasaran sebanyak 185,000 tan berbanding keperluan semasa 155,000 tan sebulan.- HARAKAHDAILY 27/4/2020

- Advertisement -