Rohingya dan Bani Israel

rohingya
- Advertisement -

PERSAMAAN:

(1) Kedua-dua ditindas pemerintah yang zalim.
(2) Terpaksa melarikan diri dari negara yang diduduki.
(3) Menjadi pelarian di tempat orang.

- Advertisement -

Apa penyelesaian Bani Israel dalam al-Quran:

(1) Semasa di Mesir dalam keadaan ditindas dan dibunuh Allah memerintahkan Nabi Musa supaya menyuruh Bani Israel mendirikan solat, bersabar dan bertawakal kepada Allah.
(2) Selepas keluar dari Mesir Allah memerintahkan Bani Israel supaya bersyukur dan mesti mematuhi arahan Nabi Musa dan jangan syirik kepada Allah.
(3) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa dan Bani Israel serta menyuruh mereka membuat perjanjian yang berat supaya patuh kepada ajaran kitab Taurat.
(4) Bani Israel malas dan kufur nikmat dengan pelbagai pelanggaran terhadap arahan Nabi Musa.
(5) Bani Israel malas berusaha bahkan meminta Nabi Musa supaya berdoa kepada Allah supaya memberikan apa saja hajat yang mereka ingini.
(6) Akhirnya Allah perintahkan Bani Israel berjihad tetapi mereka malas juga sehinggalah Allah hukum mereka sesat selama 40 tahun di Semenanjung Sinai.
(7) Lahir generasi baru selepas 40 tahun yang insaf dan mahu berjihad barulah Allah berikan kemenangan dan kekuasaan kepada mereka.

Poinnya ialah:

(1) Rohingya mesti mengambil iktibar dari kisah Bani Israel.
(2) Mesti melaksanakan ajaran al-Quran dalam diri mereka untuk mendapat kemenangan. Solat, sabar dan bertawakal kepada Allah.
(3) Mesti mempelajari al-Quran dan mengamalkannya sebagaimana Allah tekankan kepada Bani Israel mempelajari Taurat.
(4) Jangan malas berusaha seperti Bani Israel. Bani Israel hendak semua benda dengan mudah. Makanan, minuman, keselesaan hidup, tanah air. Mereka hanya minta Nabi Musa supaya berdoa kepada Allah tanpa sebarang usaha.
(5) Perlu ada pemimpin yang soleh dan berkemampuan seperti Yusyak bin Nun yang memimpin Bani Israel mencapai kemenangan.

*Bukan tujuan tulisan ini hendak mengatakan Rohingya sejahat atau setaraf Bani Israel dan tiada kaitan dengan dakwaan-dakwaan yang mengatakan Rohingya kurang ajar atau seumpamanya. Tetapi jika hendak dicari panduan bagi penyelesaian masalah Rohingya bolehlah dijadikan panduan kisah Bani Israel di dalam al-Quran. Wallahu A’lam.

MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 26/4/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -