Covid-19: Peratus pulih meningkat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan bahawa terdapat 100 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh daripada jangkitan Covid-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 3,862 kes bersamaan 66.8 peratus.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 38 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes.

- Advertisement -

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak it adalah 1,820 kes yang kini telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

“Sehingga kini seramai 36 kes positif Covid-19 sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 15 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Sukacita dimaklumkan TIADA kes kematian baharu pada hari ini. Keseluruhan kes kematian di negara kita kekal sebanyak 98 kes,” katanya.- HARAKAHDAILY 26/4/2020

- Advertisement -