Itali kafir, peka kemanusiaannya tinggi dari melalui Islam

- Advertisement -

BEBERAPA hari sebelum tersiar berita setongkang 200 pelarian Rohingya yang separuh mati dihalau memasuki perairan Langkawi, orang kafir Itali yang bergelut dengan hantu Covid-19 yang sudah membunuh 22,700+ rakyatnya bimbang akan nasib setongkang pelarian Islam Libya yang tidak tiba ke perairan Itali di Laut Mediteranean.

- Advertisement -

Mengikut maklumatnya pelarian Libya dan Utara Afrika itu jika pun tiba ke Itali, mereka sudah berada di sekitar perairan Itali. Tetapi kelibat tongkang tertentu tadi tidak ada isyarat walau pun di luar perairan Itali.

Pejuang peri kemanusian Itali amat bimbang dengan nasib setongkang Libya itu. Apa jadi dengan tongkang pelarian mutannya. Peri ketibaan pelarian Libya itu bukan tongkang itu sahaja. Sudah banyak tongkang dan pelarian Libya tiba.

Rakyat Itali seperti kebanyakan rakyat dunia tidak suka pelarian masuk ke wilayahnya. Ia boleh mengganggu kesejahteraan masyarakat tempatan dan ekonominya. Tetapi kemanusiaan yang lari dari wilayah masing-masing adalah tanggungjawab kemanusiaan sedunia. Ketika 172 ribu jangkitan Covid-19 di Itali dan lebih 22 ribu kematian ia adalah masalah amat besar bagi negaranya dan orang Eropah.

Setongkang yang tidak tiba itu menambah beban Itali, tetapi pelarian adalah tanggungjawab kemanusiaan yang mesti ditangani, Itali amat terharu. Jika ikut sentimen agama, Libya itu Islam dan kafir Itali boleh persetankan mereka. Biarlah mereka tenggelam di laut dan jadi rezeki jerung. Tetapi kemanusiaan sejagat peka dengan hak pelarian, lalu ia mengambil berat akan hak itu.

Itali tidak sendirian memenangi pelarian itu. Suruhanjaya Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu ada tangggungjawab membantu pengendaliannya.

Maka amat malang bagi baki 200 pelarian Rohingya yang belum mati hendak masuk ke perairan Langkawi, setelah sekian lama kebuluran dihalau oleh merin dan pertahanan Malaysia supaya masuk balik ke perairan luar.

Yang menghalaunya Islam dan yang dihalau juga Islam. Muatan yang sekaliannya bulur, boleh mati seorang dan seorang. Jika tidak diselamatkan oleh Bangladesh 200 itu akan habis di laut.

Malaysia ada kawasan untuk khemah 200 orang itu. Nasib mereka boleh dibantu oleh Suruhanjaya Pelarian yang ada di neara ini. Adalah benar kita juga dilanda Covid, tetapi peka kemanusiaan kita – Melayu/Islam – tidak setinggi kepekaan pejuang hak asasi kemanusiaan luar.

Itali berdengung Kristiannya, tetapi kemanusiaannya yang tinggi ia tidak mahu berdosa membiarkan Islam Libya jadi rezeki jerung. Kita Islam Melayu tahu Rohingya diusir dan di bunuh di tanah airnya, kita jumpa mereka kebuluran di tengah laut, kita halau mereka. Apa jenis hati perut yang tidak belas dengan orang tinggal nyawa ikan itu.

Ia bukan hati perut yang dikehendaki. Dan apa Menteri Luar Datuk Hishamuddin buat hingga tidak peka nasib saudara Islam yang kebuluran itu. Dia sepatutnya segera memberikan isyarat, pelarian yang nyawa-nyawa ikan itu diselamatkan dahulu. Jika setongkang saudara Islam Rohingya itu mati, maka kita sama-sama pikul dosanya.

Kita memerlukan menteri luar yang boleh belajar dari sensitiviti hak asasi kemanusiaan Itali. Kita perlukan menteri luar yang tinggi belas kemanusiaannya. Apa guna pertahanan laut yang canggih, tidak dapat menyelamatkan 200 saudara Islam yang kelaparan?

- Advertisement -