Covid-19: 65.5 peratus sembuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa seramai 51 kes baharu positif Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,742 kes.

Bagaimanpun Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sejumlah 99 kes telah pulih dan discaj.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 3,762 kes atau 65.5 peratus.

- Advertisement -

Dengan yang demikian itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,882 kes dan mereka kini telah diasingkan dan sedang menerima rawatan di hospital.

“Pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 36 orang dan 16 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 sebentar tadi.

Bagaimanapun, dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 2 orang, menjadikan keseluruhan kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 98 kes.

Noor Hisham berkata, kes kematian ke-97 adalah kes ke-2,354 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung.

Mangsa telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 28 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2020 jam 3.53 pagi.

Manakala kes kematian ke-98 adalah kes ke-2,806 merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-1346 (yang merupakan anak beliau). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 24 April 2020 jam 5.43 petang,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 25/4/2020

- Advertisement -