ADUN Penaga terjah kegiatan judi terselindung

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Kegiatan perjudian atas talian yang berselindung disebalik premis perniagaan tambah nilai telekomunikasi telah mendapat perhatian serius ADUN Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah di Simpang Tiga Tok Labu, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Bertindak atas aduan penduduk, beliau bersama Imam Masjid Permatang Tok Labu, Saad Don dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Pasir Gebu dan Tok Labu, Azhar Hasanuddin telah melakukan tinjauan.

Ternyata aduan penduduk benar di mana premis sama yang sebelum ini pernah dua kali diserbu polis masih menjalankan operasi sama di mana Ustaz Yusni serta-merta menghubungi pemilik kedai sebelum bersetuju menutupnya.

Terdahulu, beliau dalam Sidang DUN pada 17 April lalu telah mengemukakan soalan bertulis berkaitan di mana pihak kerajaan mengaku memandang serius isu berkenaan dan telah menutup 9 premis berkaitan.

Ustaz Yusni juga dalam pada itu berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kerjasama pihak polis dapat mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang masih degil beroperasi.

DUN Pnaga mempunyai 91.2 peratus penduduk Melayu, 7.5 peratus berbangsa Cina dan 0.39 peratus India dengan selebihnya lain-lain bangsa iaitu 0.19 peratus. – HARAKAHDAILY 25/4/2020

- Advertisement -