KTV tampil slot menarik sepanjang Ramadan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bermula hari ini Kelantan TV (KTV) menyajikan pelbagai rancangan menarik yang disiarkan secara langsung atas talian.

Bermula jam 2 petang, rancangan berunsur tazkirah iaitu Riyadh Al- So’imin selama 30 minit akan disampaikan oleh kepimpinan kerajaan negeri.

Selain itu rancangan al Bayan mengandungi Tadabur dan Tadarus
al Quran juga disampaikan pemimpin kerajaaan dan PAS bermula jam 5 hingga 6 petang.

Penyelaras KTV Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihaknya juga menyediakan hadiah istimewa melalui slot Galeri Ramadan.

- Advertisement -

“Hadiah yang ditawarkan sebagai galakan kepada belia untuk sama terlibat dalam program tersebut sesuai dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

“Ia bukan peraduan tetapi sebagai galakan penyertaan warga netizen untuk bersama-sama dalam slot rancangan yang bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Antara rancangan yang disiarkan di Kelantan TV (KTV)

“Jika boleh berinteraksi, kemuka soalan dan soalan terpilih untuk dijawab tetamu dan netizen akan menerima hadiah berupa wang tunai RM50,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya program itu disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube Kelantan TV pada hari Isnin, Selasa dan Rabu sahaja.

KTV juga memuatkan rancangan bersama tetamu jemputan, program bersama Muslimat, Kelantankini dan sebagainya.

Netizen juga boleh memberi pandangan serta soalan terhadap rancangan disiarkan melalui KTV sepanjang Ramadan ini.

Pagi tadi KTV membawa siaran langsung kuliah pagi Jumaat dengan menampilkan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.- HARAKAHDAILY 24/4/2020

- Advertisement -