Tiada kes Covid di Perlis sejak 14 April

- Advertisement -

KANGAR: Perlis mencatatkan sifar kes baharu Covid-19 sejak seminggu lalu, menjadikan keseluruhan 22 mukim di negeri itu disahkan sebagai zon hijau.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim berkata, Perlis kekal 18 kes positif Covid-19 dengan kes terakhir direkodkan pada 14 April lalu.

- Advertisement -

Bagaimanapun beliau berharap, rekod sifar kes tersebut berlanjutan sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga pada 28 April ini.

“Zon hijau berdasarkan kepada kes aktif yang baharu, memandangkan setakat ini Perlis tidak mempunyai kes aktif baharu.

“Sehingga sekarang menjadikan keseluruhan 22 mukim di Perlis dikategorikan zon hijau,” katanya ketika ditemui di Pusat Koreksional Perlis di Arau, semalam.

Beliau juga berkata, pengumuman mengenai status negeri bebas Covid-19 hanya boleh dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).- HARAKAHDAILY 23/4/2020

- Advertisement -