PKP: PAS Kota Samarahan santuni warga terjejas

- Advertisement -

KOTA SAMARAHAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kota Samarahan dengan kerjasama Muslimat PAS Kota Samarahan telah mengagihkan sumbangan keperluan fasa kedua kepada keluarga di tiga kampung, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Seramai 25 keluarga menerima kit sumbangan yang telah diserahkan sendiri oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Mastura Julai mengandungi keperluan dapur berupa beras, gula, minyak dan lain-lain keperluan makanan harian.

Sebanyak 20 kit sumbangan juga telah diserahkan kepada sepuluh keluarga di Kampung Tanjung Bundong dan sepuluh keluarga di Kampung Mang, manakala, baki lima kit sumbangan telah diagihkan kepada keluarga di Kampung Tanjung Tuang.      

Serahan sumbangan ini juga merupakan inisiatif PAS Kota Samarahan untuk membantu meringankan beban penduduk yang terjejas sejak dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan pandemik COVID-19.

Serahan sumbangan tersebut juga dihadiri wakil jawatankuasa Muslimat PAS Kota Samarahan, Fatimah Zaharah Muhammad yang turut menyeru rakyat Malaysia bersolidariti mendepani wabak tersebut dengan mematuhi PKP. – HARAKAHDAILY 23/4/2020

- Advertisement -