Mesyuarat GLC diputus semua ahli lembaga – Mohd Amar

- Advertisement -

KOTA BHARU: Tidak menjadi satu kesalahan jika orang politik dilantik sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memandangkan tugasnya hanya mempengerusikan mesyuarat sahaja.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, keputusan yang dibuat mana-mana GLC akan diputuskan oleh ahli-ahli lembaga bersama pengerusinya.

Katanya, pengerusi berbeza dengan ahli lembaga di mana pengerusi boleh dilantik dalam pemimpin politik.

- Advertisement -

“Jadi pengerusi pun tidak menjadi masalah sekadar mempengerusi mesyuarat sahaja, sedangkan setiap keputusan dibuat bersama ahli-ahli lembaga.

“Ahli lembaga yang dilantik ada orang profesional, orang yang berpengalaman maka keputusan menjadi lebih baik kerana bukan pengerusi sahaja yang buat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kota Darulnaim hari ini.

Sebelum ini heboh dalam media sosial yang mempertikaikan pelantikan Ahli Parlimen Bachok Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Selain itu Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari pula sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).– HARAKAHDAILY 23/4/2020

- Advertisement -