COVID-19: Krisis zaman Dajal lebih dahsyat

- Advertisement -

COVID-19 dan zaman Dajal

(1) Hari ini kita sudah sebulan berhadapan dengan COVID-19, pelbagai pengalaman dilalui sama ada manis ataupun pahit. Masing-masing merasai realiti dunia masing-masing.

Cuma saya mengajak supaya bersedia apabila berhadapan dengan krisis makanan pada zaman Dajal sepertimana yang digambarkan dalam banyak Hadis Nabi S.A.W.

(2) Apabila kita berhadapan situasi ‘makanan sudah habis’ atau ‘tiada pendapatan’ betapa kita merasa sangat sempit. Lalu mulalah kita nak tuding jari menyalahkan pihak itu dan ini.

Bagaimana pula situasinya di zaman Dajal? Makanan benar-benar sudah habis, dan kita benar-benar tiada pendapatan. Bagaimana kita nak hidup di saat itu? Kepada siapa kita nak tuding jari?

- Advertisement -

(3) Antara sihir yang dilakukan oleh Dajal ialah mempunyai bekalan makanan, minuman yang banyak ketika saat bumi tidak mengeluarkan sebarang hasil;

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจูู‰ ุฃูู…ูŽุงู…ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุจูŽุงู‡ูู„ูู‰ูู‘ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฎูŽุทูŽุจูŽู†ูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑู ุฎูุทู’ุจูŽุชูู‡ู ุญูŽุฏููŠุซู‹ุง ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุงู‡ู ุนูŽู†ู ุงู„ุฏูŽู‘ุฌูŽู‘ุงู„ู ูˆูŽุญูŽุฐูŽู‘ุฑูŽู†ูŽุงู‡ู ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽูˆู’ู„ูู‡ู ุฃูŽู†ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ ู…ูู†ู’ ููุชู’ู†ูŽุชูู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฃู’ู…ูุฑูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงุกูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูู…ู’ุทูุฑูŽ ููŽุชูู…ู’ุทูุฑูŽ ูˆูŽูŠูŽุฃู’ู…ูุฑูŽ ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูู†ู’ุจูุชูŽ ููŽุชูู†ู’ุจูุชูŽ ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ ู…ูู†ู’ ููุชู’ู†ูŽุชูู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู…ูุฑูŽู‘ ุจูุงู„ู’ุญูŽูŠูู‘ ููŽูŠููƒูŽุฐูู‘ุจููˆู†ูŽู‡ู ููŽู„ุง ุชูŽุจู’ู‚ูŽู‰ ู„ูŽู‡ูู…ู’ ุณูŽุงุฆูู…ูŽุฉูŒ ุฅูู„ุง ู‡ูŽู„ูŽูƒูŽุชู’ ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ ู…ูู†ู’ ููุชู’ู†ูŽุชูู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู…ูุฑูŽู‘ ุจูุงู„ู’ุญูŽูŠูู‘ ููŽูŠูุตูŽุฏูู‘ู‚ููˆู†ูŽู‡ู ููŽูŠูŽุฃู’ู…ูุฑูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงุกูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูู…ู’ุทูุฑูŽ ููŽุชูู…ู’ุทูุฑูŽ ูˆูŽูŠูŽุฃู’ู…ูุฑูŽ ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูู†ู’ุจูุชูŽ ููŽุชูู†ู’ุจูุชูŽ

“Daripada Abi Umamah al-Bahili R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut mengenai Dajal, dan meminta kami berjaga-jagaโ€ฆ di antara yang disebut: Di antara fitnahnya ialah apabila Dajal menyuruh langit supaya menurunkan hujan, maka turunlah hujan. Apabila dia menyuruh tanah supaya menumbuhkan hasilnya, maka tumbuhlah tumbuhan. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi manusia yang hidup dan manusia tersebut mendustakannya, maka tiadalah yang tinggal padanya, semuanya musnah. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi orang yang lain, lalu orang tersebut beriman dengannya, maka dia akan menyuruh langit menurunkan hujan lalu turunlah hujan serta merta dan menyuruh tanah di situ supaya menumbuhkan tanaman, lalu tumbuhlah tanaman.”

(Ibnu Majah: 4067)

Dajal bawa hujan ketika kemarau

(1) Hadis yang menceritakan mengenai fitnah Dajal tadi, ialah menyuburkan tanah sehingga mengeluarkan hasilnya, dan menurunkan hujan yang menyejukkan bumi.

Justeru, kita perlu faham bahawa situasi ketika itu ialah bumi yang sedang kontang, hujan tidak turun dan tanah yang tidak lagi mengeluarkan hasil-hasilnya.

Gambaran ini adalah gambaran terputusnya bekalan makanan dan minuman yang menjadi sumber keperluan asasi bagi manusia. Makanan benar-benar habis, air benar-benar tiada.

(2) Suasana yang digambarkan ini jauh lebih dahsyat daripada realiti zaman COVID-19 pada hari ini. Hari ini kita masih ada peruntukan Kerajaan RM260 bilion sepanjang krisis ini.

Dalam masa yang sama kita masih lagi ada air untuk minum, dan ada makanan untuk dimasak. Hanya perlu ikut SOP sahaja ketika membeli barangan keperluan rumah.

(3) Cuba bayangkan kalau segala-galanya tiada. Tiada Kerajaan yang nak peruntukkan sumbangan yang besar, tiada orang yang nak agihkan barang keperluan, dan tiada orang nak salurkan air.

Bayangkan ketika krisis dahsyat ini, Dajal hadir dengan makanan dan minumannya? Bayangkan ketika krisis kemarau ini Dajal datang dengan hujan yang menyejukkan bumi dan menyuburkan tanah?

Apakah kita nak katakan Dajal itu seorang yang pemurah? Apakah kita nak katakan Dajal itu seorang yang prihatin terhadap masalah masyarakat? Apakah kita nak katakan Dajal itu seorang yang baik?

Dajal dan penawarnya

(1) Di dalam Hadis yang lain juga menceritakan bahawa Dajal mempunyai sihir yang dilihat menyembuhkan penyakit:

ุนู† ุงู„ุญุณู† ุนู† ุณู…ุฑุฉ ุจู† ุฌู†ุฏุจ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡: ุฃู† ู†ุจูŠ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูƒุงู† ูŠู‚ูˆู„: ยซ ุฅู† ุงู„ุฏุฌุงู„ ุฎุงุฑุฌุŒ ูˆู‡ูˆ ุฃุนูˆุฑ ุนูŠู† ุงู„ุดู…ุงู„ุŒ ุนู„ูŠู‡ุง ุธูุฑุฉ ุบู„ูŠุธุฉุŒ ูˆุฅู†ู‡ ูŠุจุฑุฆ ุงู„ุฃูƒู…ู‡ ูˆุงู„ุฃุจุฑุต ูˆูŠุญูŠูŠ ุงู„ู…ูˆุชู‰ ูˆูŠู‚ูˆู„ ู„ู„ู†ุงุณ: ุฃู†ุง ุฑุจูƒู…! ูู…ู† ู‚ุงู„: ุฃู†ุช ุฑุจูŠุ› ูู‚ุฏ ูุชู†ุŒ ูˆู…ู† ู‚ุงู„: ุฑุจูŠ ุงู„ู„ู‡ ุญูŠ ู„ุง ูŠู…ูˆุชุ› ูู‚ุฏ ุนุตู… ู…ู† ูุชู†ุชู‡

“Daripada Hassan bin Samurah bin Jandab R.A, Nabi S.A.W pernah bersabda: Sesungguhnya Dajal itu pasti akan muncul. Dia mengalami kecacatan pada mata kirinya, yang terdapat daging timbul di bahagian tersebut. Dia mampu menyembuhkan sopak dan kusta, menghidupkan orang matiโ€ฆ dan dia berkata ‘akulah tuhan kamu’. Maka, sesiapa yang berkata ‘kamu adalah tuhanku’, bermakna dia telah menyebarkan fitnah. Sesiapa yang berkata ‘Tuhanku adalah Allah yang hidup dan tidak akan mati’, maka dia akan dipelihara daripada fitnahnya (Dajal).”

(Musnad Imam Ahmad: 20027)

(2) Hadis ini seolah-olah menggambarkan bahawa suasana ketika itu adalah suasana yang banyaknya penyakit yang sukar diubati. Antaranya dinyatakan oleh Baginda S.A.W:

ู„ู… ุชุธู‡ุฑ ุงู„ูุงุญุดุฉ ููŠ ู‚ูˆู… ู‚ุท ุญุชู‰ ูŠุนู„ู†ูˆุง ุจู‡ุง ุงู„ุง ูุดุง ููŠู‡ู… ุงู„ุทุงุนูˆู† ูˆู„ุฃูˆุฌุงุน ุงู„ุชู‰ ู„ู… ุชูƒู† ู…ุถุช ููŠ ุฃุณู„ุงูู‡ู… ุงู„ุฐูŠู† ู…ุถูˆุง

“Tidaklah muncul perbuatan keji (zina) pada suatu kaum hingga mereka melakukannya secara terus terang kecuali Allah akan menimpakan kepada mereka wabak dan berbagai penyakit yang belum pernah menimpa kepada orang-orang sebelum mereka.โ€

(Riwayat Ibn Majah)

(3) Justeru, apa yang kita fahami bahawa di akhir zaman banyaknya kemungkaran, lantas banyaknya penyakit. Penyakit yang banyak dan pelik menyebabkan ia sukar diubati.

Dajal dan orang mati

(1) Suasana COVID-19 hari ini kita dapati bahawa ia adalah penyakit yang belum ditemui penawarnya (WaLlahuaklam). Bilangan kematian mencatat angka lebih 160,000 di seluruh dunia.

Kita hari ini cukup merasa terhutang budi dengan frontliner yang membantu memerangi COVID-19. Khususnya di bahagian perubatan, bertungkus lumus siang dan malam mengubati pesakit.

(2) Cuba bayangkan kalau ketika ini Dajal datang dengan penawar COVID-19 nya? Di saat dunia sedang dihurung penyakit-penyakit ganjil di akhir zaman, tiba-tiba Dajal datang dengan selambanya memulihkan semua jenis penyakit.

Masyarakat pastinya akan hilang kepercayaan kepada para doktor, dan lebih mempercayai Dajal. Suara-suara pelik akan kedengaran seperti ‘Dajal lagi bagus daripada doktor, baik ikut Dajal’.

(3) Bukan setakat penyakit, Dajal juga mampu menghidupkan orang yang sudah mati. Nabi S.A.W bahawa Dajal mampu membunuh seseorang, kemudian dengan sihirnya menghidupkan semula orang itu:

ุญุฏูŠุซ ุฃุจูŠ ู‡ุฑูŠุฑุฉ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡: ุฃู†ู‡ ู‚ุงู„: ยซ ูŠุณู„ุท ุงู„ุฏุฌุงู„ ุนู„ู‰ ุฑุฌู„ ู…ู† ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู†ุŒ ููŠู‚ุชู„ู‡ุŒ ุซู… ูŠุญูŠูŠู‡ุŒ ุซู… ูŠู‚ูˆู„: ุฃู„ุณุช ุจุฑุจูƒู…ุŸ ุฃู„ุง ุชุฑูˆู† ุฃู†ูŠ ุฃุญูŠูŠ ูˆุฃู…ูŠุช

“Abu Hurairah R.A berkata: Dajal akan bertempur dengan seorang lelaki dari kalangan Islam. Lalu dia berjaya membunuhnya, kemudian menghidupkannya semula. Lalu dia berkata ‘Adakah aku tuhan kamu? Tidakkah kamu melihat aku mampu menghidup dan mematikan?”

(Musonnaf Ibn Abi Syaibah: 38677)

Kita tahu bahawa realiti akhir zaman banyaknya pembunuhan. Para balu akan merindui suami, dan para anak akan merindui si ayah. Ketika itu Dajal datang seolah-olah memberi ‘nyawa baru’ kepada mereka itu. Apa yang boleh kita katakan?

Pendinding

(1) Inilah yang dinamakan fitnah Dajal. Ia muncul membawa makanan dan minuman di kala dunia sedang terputus bekalan makanan. Dia muncul di kala membawa penawar di kala dunia sedang dihurung penyakit.

Dia muncul dengan ‘membawa nyawa’ di kala manusia-manusia sedang hidup dalam kerinduan akibat perang dan pembunuhan yang banyak. Hakikatnya bukanlah nyawa, akan tetapi syaitan menyerupai si mati.

(2) Apa yang boleh kita lakukan di kala situasi itu? Bagaimana nak lepaskan diri daripada jerat-jerat ini? Antara pendindingnya ialah;

Nabi S.A.W berpesan;

ู…ูŽู†ู’ ุญูŽููุธูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽ ุขูŠูŽุงุชู ู…ูู†ู’ ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ุณููˆุฑูŽุฉู ุงู„ู’ูƒูŽู‡ู’ูู ุŒ ุนูุตูู…ูŽ ู…ูู†ู’ ููุชู’ู†ูŽุฉู ุงู„ุฏู‘ูŽุฌู‘ูŽุงู„ู

“Sesiapa yang menghafal 10 ayat permulaan surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal.”

(Shahih Muslim)

(3) Antara lain, ketika mana tibanya zaman Dajal dan bekalan makanan terputus, Nabi S.A.W berpesan bahawa zikir adalah ganti kepada makanan, Sabda Nabi S.A.W:

ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ุฃูŽุณู’ู…ูŽุงุกู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽุง ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู†ูŽุนู’ุฌูู†ู ุนูŽุฌููŠู†ูŽุชูŽู†ูŽุง ููŽู…ูŽุง ู†ูŽุฎู’ุชูŽุจูุฒูู‡ูŽุง ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู†ูŽุฌููˆุนูŽ ููŽูƒูŽูŠู’ููŽ ุจูุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุฆูุฐู ู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูŽุฌู’ุฒููŠู‡ูู…ู’ ู…ูŽุง ูŠูŽุฌู’ุฒููŠ ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู ู…ูู†ู’ ุงู„ุชู‘ูŽุณู’ุจููŠุญู ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽู‚ู’ุฏููŠุณู

“Asmaโ€™ berkata, โ€œAkan tetapi mereka tidak mendapatkan apa-apa sehingga aku khawatir terkena musibah kelaparan, dan apa yang akan dimakan oleh kaum Mukmin pada waktu itu?โ€ Jawab Nabi : โ€œAllah S.W.T mencukupkan kepada mereka dengan makanan yang diberikan kepada penduduk langit (Malaikat) dengan tasbih dan taqdis”

(Riwayat Imam Ahmad)

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 23/4/2020

- Advertisement -