Cabaran Ramadan ketika gelora Covid-19

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ramadan kali ini disambut dengan penuh cabaran tatkala dunia sedang menghadapi gelora pandemik Covid-19 yang memberi kesan mendalam kepada jutaan manusia.

Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, jutaan manusia dijangkiti tersebut dan ratusan ribu terkorban.

- Advertisement -

Katanya dunia sekarang berhadapan dengan suatu cabaran yang sangat besar dari sudut sosial mahu pun ekonomi.

“Sebagai umat Islam, marilah kita mengambil sepenuh hikmah dan pengajaran di atas ujian yang berat ini dengan harapan Allah SWT mengangkat darjat dan memberi keampunan kepada kita semua.

“Saya menyeru kepada rakyat Kelantan untuk memastikan Ramadan kali ini dalam tempoh kawalan pergerakan (PKP) dijadikan sebagai medan untuk memakmurkan amalan ibadah bersama keluarga,” katanya pada perutusan Ramadan 1441 hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam hendaklah melazimi bersama ahli keluarga dengan zikir dan selawat.

“Hiasilah dengan merenung dan membaca ayat-ayat Al-Quran. Pada malamnya pula usahakan agar kita tidak meninggalkan sembahyang sunat tarawih, witir dan tahajud,” ujarnya.

Selain itu jadikanlah Ramadan sebagai penggerak yang membawa kepada perubahan yang besar dalam diri kita dan keluarga.- HARAKAHDAILY 23/4/2020

- Advertisement -