Sumbang naskhah al-Quran isi aktiviti kerohanian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ramadan yang menjadi ladang ibadah bagi Mukmin sememangnya amat dinantikan kehadirannya, apatah lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menjadi peluang menggiatkan amalan peribadi.

- Advertisement -

Namun, ketika sama banyak pihak juga sedang “berlumba-lumba melakukan kebajikan” dan berusaha mengadakan imarah Ramadan secara penghayatan yang disertai oleh segenap lapisan Muslim di mana sahaja.

Yayasan Restu antara pihak yang berusaha menghidupkan Ramadan apabila menyumbangkan al-Quran secara wakaf menerusi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Ahmad Marzuk Shaary.

Majlis serahan tersebut turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail yang berlangsung di Lobi Blok A, JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya, petang semalam.

Simbolik serahan sumbangan 1,000 naskhah al-Quran oleh Pengerusi Yayasan Restu, Dato’ Abdul Latif Mirasa itu turut diadiri Pengarah Bahagian Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Nor Tipah Majin.

Inisiatif anjuran bersama JAWI, Yayasan Restu dan JKM ini untuk disumbangkan kepada gelandangan dan pusat kuarantin bagi mengisi aktiviti kerohanian bagi Muslim sepanjang tempoh PKP ini. – HARAKAHDAILY 22/4/2020


- Advertisement -