Pertandingan poster dan fotografi perpaduan

- Advertisement -

LAJNAH Perpaduan Nasional, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin menjemput segenap lapisan masyarakat untuk menyertai pertandingan rekaan poster atau fotografi perpaduan tahun 2020.

Ayuh kita menggunakan sepenuhnya tempoh masa dalam PKP ini untuk mengasah kembali bakat terpendam untuk menghasilkan poster atau foto bertemakan perpaduan

- Advertisement -

Peserta berpeluang memenangi:

Tempat Pertama: RM500 (Seorang pemenang).
Tempat Kedua: RM300 (Seorang pemenang).
Tempat Ketiga: RM200 (Seorang pemenang).
Hadiah Saguhati: RM 50 (Tujuh pemenang).

Tema poster atau gambar

Peserta boleh memilih salah satu daripada tema perpaduan yang berikut:
(1) Rakyat Malaysia bersatu melawan COVID-19.
(2) Ramadan dan rakyat Malaysia.
(3) Rezeki yang ada dikongsi bersama.

Syarat penyertaan

(1) Poster hendaklah dibuat dalam saiz A3 (210cm x 297cm) dengan orientasi melintang atau menegak.

(2) Kapsyen di dalam poster yang dihasilkan mestilah menggunakan bahasa Malaysia.

(3) Elemen utama yang dipertimbangkan dalam poster
(i) Kualiti dan komposisi gambar.
(ii) Komposisi gambar.
(iii) Susun atur gambar dan teks.
(iv) Pilihan warna.
(v) Keaslian idea.

(4) Poster yang dihantar dicetak hendaklah dihantar dalam salah satu format yang berikut:
(i) JPEG (.jpg)
(ii) PNG (.png)
(iii) BMP (.bmp)

(5) Rekaan dan idea poster mestilah hasil ciptaan sendiri.

(6) Semua penyertaan perlu dihantar ke e-mel [email protected]

(7) E-mel penyertaan mestilah diterima pada atau sebelum jam 12:00 tengah hari, 8 Mei 2020 (Jumaat) dengan butiran berikut:
(i) Nama penuh:
(ii) Alamat e-mel:
(iii) Nombor telefon:

(8) Setiap peserta boleh menghantar maksimum lima (5) penyertaan.

(9) Hasil karya para pemenang boleh digunakan oleh LPN sebagai media promosi perpaduan dan akan dihubungi sebelum hasil karya digunakan. – HARAKAHDAILY 22/4/2020

- Advertisement -