PAS Pmtg Pauh santuni ‘frontliners’ dan mangsa kebakaran

PERMATANG PAUH: PAS Kawasan Permatang Pauh telah menzahirkan solidariti dan sokongan kepada barisan hadapan negara yang komited menjayakan penguatkuasaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan sendiri telah turun padang menyaksikan pengorbanan para wira negara ini yang sedang bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Baharu Perai, di sini kelmarin dahulu.

Menyertai beliau menyampaikan sumbangan kepada mereka adalah Setiausaha dan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Permatang Pauh, Ustaz Mansor Che Dan dan Mohamad Razilah Mohd Nor.

Terdahulu, beliau bersama Ustaz Mansor dan Razilah serta Ahli Jawatankuasa Kebajikan PAS Cawangan Jakan Baharu telah melawat mangsa kebakaran, Suhaime Sulaiman dan Zulkifli Mat Yusof di Kampung Tersusun Jalan Baharu.

Dalam kejadian pada 17 April itu, rumah serta tempat pemprosesan ayam dan stor simpanan barangan perniagaan musnah, selain turut merosakkan pacuan empat roda milik mangsa yang terletak berhampiran.

Omar bagi pihak PAS Permatang Pauh telah menyampaikan sumbangan dan simpati kepada mamgsa, namun bersyukur tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut. – HARAKAHDAILY 22/4/2020