Kelantan sedia RM4.5 juta bagi ‘bakul Ramadan’

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakub ketika sidang media selepas mesyuarat exco di JKR 10. Foto: RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan peruntukan sejumlah RM4.5 juta untuk bantuan ‘bakul Ramadan’ kepada rakyat di negeri itu yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata sumbangan berkenaan akan disalurkan pada rakyat melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) awal Ramadan ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di JKR 10, di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri juga akan menyalurkan sebanyak RM100,000 kepada wakil rakyat di setiap DUN di negeri itu.

“Peruntukkan itu kita serahkan pada wakil-wakil rakyat di 45 DUN untuk membantu rakyat yang kini terkesan dengan pernguatkuasaan PKP,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 22/4/2020

- Advertisement -