COVID-19: 103 pulih, 50 kes baharu

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan terdapat 103 kes pulih COVID-19 dan dibenarkan discaj wad pada hari ini.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah KKM, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah, angka discaj itu menjadikan jumlah pulih kepada 3452 kes keseluruhan. 

Sementara katanya kes baharu postif COVID-19 direkodkan hari ini dan itu menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan 5532 kes.

Jumlah hari ini menurun sedikit berbanding semalam dan ia masih di dalam angka dua digit.

Begitupun, terdapat 1 kes kematian baharu menjadikan keseluruhan kes kematian 93 orang.

KKM juga memaklumkan terdapat 43 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 25 orang perlukan bantuan pernafasan.

Beliau menasihatkan orang awam terus kekal mengikut saranan KKM dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar dapat membantu kerajaan mengurangkan penularan wabak ini. – HARAKAHDAILY 22/4/2020

- Advertisement -