Ajari anak

- Advertisement -

ANAK-anak bergaduh di rumah? Mak ayah buntu?

Apabila ‘berkurung’ dalam tempoh yang panjang, pergaduhan sesama anak tidak boleh dielakkan. Kerana fitrah manusia itu perlu bersosial. Paling kurang, anak-anak perlu dibawa ke taman permainan. Suasana yang sama setiap hari akan menyebabkan anak menjadi bosan dan stress, maka bergaduhlah yang paling best.

Fixed mind vs growth mind

Ibu ayah tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan tanpa berbuat sesuatu. Perlu diingatkan, minda yang perlu perhatian penuh adalah anak-anak di bawah usia 6 tahun ke bawah. Jika ibu ayah hanya bersikap fixed mind, yang penghujungnya adalah marah, tengking, herdik dan akhirnya pukul, maka ia suatu yang tidak baik untuk pembesaran mereka.

- Advertisement -

Mesti buat sesuatu! Ibu ayah perlu bersikap growth mind, sentiasa mencari jalan keluar yang pelbagai supaya secara tidak langsung soft skill parenting kita juga akan bertambah baik. Perlulah berkongsi masalah, bertanya dan melihat pengalaman orang lain sebagai panduan untuk diterjemah ke dalam keluarga kita.

Duhai ibu ayah, waktu PKP ini adalah detik berharga yang Allah berikan pada kita untuk membaiki hubungan kekeluargaan, merapatkan lagi seterusnya keluarga adalah segalanya. Tambahlah ilmu melalui perkongsian maya yang boleh diperolehi dengan mudah. Jangan terus mahu melompat pada teknik penyelesaian, kerana permasalahan setiap keluarga adalah berbeza. Terlebih penting proses memahami karakter anak-anak, barulah kita usaha dengan teknik yang sesuai.

Keluarga itu adalah untuk kita merasakan kasih sayang dan rahmat. Firman Allah Taala:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

(Ar-Rum: 21)

Apabila merasakannya tidak wujud, bukan bererti keluarga kita rosak, tetapi perlu sedikit usaha keras dan berjiwa besar. Duhai ayah, ia bermula dengan anda!

P/s: Di bawah ini adalah usaha saya untuk menjelaskan pada abang Ayyash, abang Miqdad kenapa Ubaidah sentiasa mahu menang dan ego centric yang perlukan ketabahan seorang abang. Hehe.

*kite kan adik-beradik, kenela kongsi mainan
*Ayyash dan Miqdad pun macam tu dulu, Ayyash selalu kene gigit dengan Miqdad

*Nasib baik Ubaidah tak macam Miqdad suke gigit orang

MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN – HARAKAHDAILY 22/4/2020

- Advertisement -