Kes Covid-19 di Kelantan makin melandai – Sultan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sultan Muhammad V menzahirkan rasa syukur apabila perkembangan semasa statistik kes jangkitan Covid-19 di negeri itu memperlihatkan puncak jangkitan semakin melandai.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Dato’ Nik Shafirman Nik Hassan berkata, baginda berharap pematuhan fasa ketiga PKP penting dalam usaha memastikan penularan virus Covid-19 dapat dikawal dan diputuskan.

- Advertisement -

Katanya juga baginda turut menzahirkan rasa dukacita kerana tidak dapat bersama rakyat tahun ini untuk berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih di masjid seperti tahun-tahun lepas.

“Sungguhpun demikian baginda berharap seluruh rakyat tetap dapat menunaikan solat taawih secara berjemaah di rumah masing-masing.

“Baginda juga berkenan supaya peruntukan yang disediakan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk program bersama baginda sempena Ramadan disalurkan kepada golongan asnaf yang terkesan dengan PKP,” katanya pada kenyataan media di sini hari ini.

Menurut Nik Mohd Shafriman, baginda sultan turut mendoakan supaya seluruh rakyat di negeri itu sentiasa dilindungi Allah SWT dalam menghadapi musibah wabak Covid-19 ini.– HARAKAHDAILY 21/4/2020

- Advertisement -