Harga minyak global jatuh: Tindak balas OIC

Muhasabah kebergantungan terhadap hasil petroleum dan petrodollar

- Advertisement -

EKORAN perhatian masyarakat dunia hari ini tertumpu kepada isu kejatuhan harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI), saya ingin menarik perhatian khususnya umat Islam untuk melihat isu ini dalam kerangka lebih besar. Dua isu utama umat Islam dan kebanyakan negara dunia mutakhir ini akan berkisar dalam dua aspek; kebergantungan terhadap hasil petroleum dan kebergantungan sistem kewangan berasaskan petrodollar.

- Advertisement -

Kebergantungan terhadap hasil petroleum

Kejatuhan harga minyak global bukan perkara baharu dalam abad ke-21 ini. Namun sekitar 2015, kejatuhan berlaku agak ketara sehingga mengheret negara-negara pengeluar untuk membuat perjanjian mengurangkan pengeluaran dalam kuantiti yang besar. Antara perjanjian bersejarah adalah antara Saudi mengetuai OPEC dengan Rusia mewakili negara non-OPEC pada tahun 2017.

Ramai pengkaji menjangkakan harga minyak tidak akan lagi kembali ke zaman kegemilangannya. Ia bukan lagi bersifat sementara kerana COVID-19. Lambakan rizab minyak global sudah melebihi permintaan semasa. Penemuan berbagai lagi jenis-jenis minyak boleh disimpulkan sumber ini tidak akan habis lagi (limitless). Kesannya, minyak akan dianggap sudah tidak begitu berharga sebagaimana julukan emas hitam suatu masa dahulu.

Boleh dikatakan separuh daripada negara OIC bergantung kepada hasil minyak. Ekonomi utama negara-negara OIC paling kaya seperti Saudi, UAE, Kuwait dan Nigeria bergantung kepada sumber petroleum. Apabila harga minyak menjunam, sudah tentu kesannya akan menimpa secara langsung ke atas negara-negara ini. Kalau minyak yang mereka jual dah tak laku, apa lagi yang ada untuk mereka jual?

Di sinilah pentingnya negara OIC mengorak langkah berbincang untuk mempelbagaikan (diversify) sumber ekonomi mereka. Negara-negara kaya ini perlu memikirkan untuk melaburkan duit bagi meneroka sumber baharu yang lebih bernilai untuk dijadikan komoditi alternatif bagi memenuhi keperluan industri dan juga masyarakat awam.

Bagi keperluan industri, bahan mentah alternatif untuk menjadi sumber tenaga perlu diterokai. Pelaburan pertama perlu ditumpukan adalah dari aspek R&D. Langkah ini dalam masa yang sama akan merancakkan dana pendidikan umat Islam, meramaikan sumber manusia dan menaikkan martabat dunia Islam dari sudut akademik. Ia akan turut memberikan kesan berantai kepada sektor inovasi umat Islam.

Bagi keperluan masyarakat awam pula, keperluan mendesak adalah makanan dan kesihatan. Permintaan terhadap dua perkara ini akan sentiasa meningkat seiring pertambahan populasi manusia. Maka eloklah negara-negara pengeluar minyak melaburkan wang mereka kepada negara-negara yang subur untuk pertanian dan perladangan serta negara-negara yang memiliki kepakaran perubatan yang tinggi. Ia bukan sahaja dapat membantu merancakkan ekonomi domestik, bahkan boleh menjadi komoditi perdagangan yang lumayan.

Negara Arab perlu akui bahawa sumber kekayaan mereka akan berakhir. Masa inilah mereka gunakan wang yang ada untuk menjamin pelaburan masa hadapan. Buka kilang-kilang dan pusat penyelidikan di negara umat Islam lain. Jadikan pulangan pelaburan luar sebagai sumber utama ekonomi mereka pula.

Pokok pangkalnya, negara Islam sudah boleh memikirkan exit plan dan move on daripada industri minyak yang sedang menuju ke era kegelapannya.

Kebergantungan terhadap sistem petrodollar

Penilaian mata wang hari ini diikat dengan nilai Dolar US. Nilai Dolar pula ditentukan dengan penawaran minyak negara-negara OPEC yang disyaratkan supaya urusniaga minyak hanya dalam mata wang Dolar US.

Dengan kejatuhan permintaan minyak global, sudah tentu permintaan Dolar US juga akan jatuh. Jatuhnya Dolar US bererti jatuhnya nilai mata wang seluruh dunia. Semakin tidak bernilai minyak, semakin Dolar jatuh. Jadi sistem petrodollar semakin tidak relevan dalam menentukan nilai mata wang.

Saranan Malaysia, Iran dan Turki dalam persidangan KL-Summit untuk mewujudkan mata wang baharu berasaskan nilai emas adalah amat praktikal dalam mengimbangi kejatuhan Dolar hari ini. Idea ini sepatutnya tidak terhenti di meja perbincangan sahaja sebaliknya perlu diteruskan sehingga menjadi kenyataan.

US mungkin tidak gembira dan akan menggunakan organisasi Antarabangsa untuk menghalang, tetapi China dan Rusia tentu akan bertepuk tangan kerana mereka sedang giat menambah rizab emas masing-masing. OIC perlu lebih berani seperti Rusia dan China kerana hakikatnya, pentadbiran Trump hanya hebat mengaum sahaja tetapi tidak berani mengambil tindakan.

Saudi dan negara-negara sekutu US sepatutnya perlu menyedari hal ini. Kasih US terhadap mereka hanya kerana telaga minyak. Jika mereka tidak memikirkan pelan kecemasan, mereka akan terbuang begitu sahaja nanti ibarat habis madu sepah dibuang. Mereka hanya dipergunakan sahaja.

Perlunya dukungan negara-negara kaya umat Islam untuk idea penggunaan mata wang baharu ini bagi menjamin kekayaan mereka berterusan. Perlunya mereka tidak ikut telunjuk politik US yang mengapi-apikan perbalahan antara umat Islam atas dasar sektarian mazhab dan kabilah. Ini masanya umat Islam mengenepikan perbezaan dan bersatu padu demi kelangsungan hidup, jika bukan demi kelangsungan agama sekalipun.

Saya yakin Yahudi Kapitalis-kapitalis kewangan dunia seperti keluarga Rothschild, Rockefeller dan Soros sedang merancang sesuatu pelan bagi menggantikan sistem petrodollar sekarang. Jika kita umat Islam tidak merancang, sampai bila kita hanya akan ikut rentak mereka memeras kekayaan kita untuk kepentingan mereka sahaja?

Pax-Americana nyawa-nyawa ikan

Kebangkitan Pax-Americana bergantung penuh kepada industri minyak dan permintaan Dollar. Mereka sudah tidak memiliki kekuatan lain yang eksklusif selain itu. Teknologi, pengangkutan, agriculture, ketenteraan, negara lain sudah banyak yang mampu bersaing. Oleh itu sebarang ancaman terhadap minyak dan Dolar akan dipertahankan habis-habisan sehingga ke tahap peperangan. Dunia sudah menyaksikan perang dunia pertama dan kedua dalam merealisasikan kepentingan Barat untuk agenda materialistik mereka.

Dunia tidak akan lebih aman daripada sebelum ini. US semakin hilang cengkaman ke atas politik global. Orde Antarabangsa Liberal mereka sudah tidak relevan. Banyak negara-negara semakin berani menunjukkan tentangan terhadap mereka.

Menurut John Mearsheimer, dasar hegemoni US menghasilkan ketidakseimbangan kuasa (power imbalance), negara-negara berhaluan kiri semakin bersatu padu, kekosongan kuasa (power vacuum) berlaku di negara-negara kecil yang mula menolak US dan sekutu-sekutu rapat di Eropah dan Amerika Latin mula berlepas diri daripada US.

Akhirnya semua ini boleh mengheret kepada peperangan besar-besaran. US tidak akan menyerah selagi segala kekuatan mereka tidak dikeluarkan bagi mempertahankan kekuasaannya. Mereka adalah negara dengan kekuatan ketenteraan terbesar. Kalau terdesak, nuklear pun mereka sanggup guna. Kecuali jika demokrasi negara tersebut berfungsi dan elitis politik dikekang daripada berbuat demikian.

Saudi dan negara umat Islam yang menjadi sekutu mereka perlu sedar. Kalau berlaku perang, negara mereka hanya akan jadi medan perang. Kedudukan US yang terasing (isolate) dari masyarakat dunia menyebabkan mereka memerlukan negara proksi untuk melancarkan serangan. Sudah tentu negara sekutu di Asia Barat akan menjadi mangsanya.

Eropah mungkin akan berkecuali untuk menjaga periuk nasi mereka. Ekonomi mereka yang lebih diversity memungkinkan untuk mereka keluar dari telunjuk US. Kalau NATO dilibatkan sekalipun, mustahil mereka sanggup jadikan tanah air mereka sebagai medan perang. Masa ini pangkalan-pangkalan dan proksi mereka di Asia Barat dan Asia Tengah akan digunakan.

Namun sukar bagi negara Arab untuk berbuat demikian. Kebergantungan terhadap US dari sudut Petrodollar akan mengheret mereka hingga ke lubang biawak. Kekurangan dana dan cash flow mereka akibat pelaburan di US membuat mereka akan lebih terikat. Kebergantungan terhadap US dari sudut pertahanan tambah menjerut leher mereka.

Jika pendirian tegas tidak mereka ambil sekarang, alamatnya negara Arablah akan jadi medan perang blok Timur-Barat dalam tempoh 5-10 tahun akan datang.

ALANG IBNU SHUKRIMUN
27 Syaaban 1441
21 April 2020 – HARAKAHDAILY 21/4/2020

- Advertisement -