Tiada siapa yang takut menghadapi DAP

takut
- Advertisement -

MESYUARAT pertama penggal ketiga Parlimen ke-14 dijangka diadakan pada hari Isnin 18 Mei 2020 nanti. Oleh kerana situasi semasa dalam negara Dewan hanya akan bersidang selama sehari untuk membincangkan Rang Undang-undang dan Usul Kerajaan sahaja sebelum ditangguhkan dan dijangka bersambung bersidang semula pada 13 Julai hingga 27 Ogos.

Adalah diyakini rakyat Malaysia rata-rata tiada masalah dengan jadual ini memandangkan masing-masing menyedari negara sedang berhadapan peperangan menentang ancaman COVID-19 dan sedang berusaha mahu bangkit dari kesannya. Tiba-tiba melompat dan melenting wakil-wakil pembangkang terutama dari DAP dengan jadual ini.

- Advertisement -

Timbalan Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dilaporkan menuduh Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya takut berdepan pembangkang. Tambah beliau alasan yang diberikan tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Manakala veteran DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang pula menuduh jadual berkenaan menjadikan Parlimen seperti pentas lawak. Demikianlah karenah DAP yang baru hilang kuasa tanpa menyedari merekalah sesungguhnya yang tidak faham dan tidak berakal langsung tidak peka akan situasi semasa dan apa yang sedang dilalui rakyat.

Teresa dan Kit Siang jangan terlalu angkuh, bukankah tarikh 18 Mei yang diperkenankan Yang Dipertuan Agong itu bersamaan 25 Ramadan, umat Islam bukan sahaja sedang berpuasa tetapi bakal menyambut Hari Raya Eidul Fitri.

DAP tidak tahukah? Tak akan mahu sambung bersidang pada Hari Raya, siapa yang tidak berakal? Siapa yang pelawak? Malulah orang Melayu yang mengundi DAP rupanya wakil mereka langsung tidak sensitif akan adat, budaya dan kepercayaan kita.

Benarkah PM takut berhadapan mereka? Jika takut apa guna disambung persidangan Dewan pada 13 Julai iaitu setelah selesai bulan Syawal. Bertempik dan melolonglah ketika Dewan disambung ketika itu tiada siapa yang takut pada anda. Syukurlah kita tidak lagi di bawah pemerintahan PH yang didominasi DAP, jika tidak entah apalah nasib kita.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 20/4/2020

- Advertisement -