Tanpa sedar, Islam itu sedang terlaksana

Islam
- Advertisement -

SISTEM Islam terlaksana

(1) Sejak kebelakangan ini entah kenapa minat untuk mengkaji pemikiran Ibnu Khaldun. Seolah-olah menjadi isyarat persediaan untuk kemungkinan pada masa depan yang tidak diketahui.

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang mana jumlah keseluruhannya bernilai RM260 bilion, sebagai penekanan kepada kesihatan awam.

Selain itu, Kerajaan juga telah memperuntukkan lebih RM1.6 bilion untuk kesihatan awam. Lebih 1,900 kakitangan kesihatan tambahan dilantik untuk membantu dalam perang melawan wabak COVID-19.

(2) Dalam masa yang sama harga minyak dunia jatuh teruk, dan Malaysia turut menjadi mangsa kerana Malaysia antara negara pengeksport minyak yang berkualiti ke negara luar.

Isu ekonomi agak hangat dibincangkan sebenarnya tanpa sedar. Kerajaan ‘berani’ memperuntukkan kos yang besar untuk menyelamatkan rakyatnya.

- Advertisement -

(3) Dalam masa yang sama, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan yang menerangkan sistem Islam dalam mengutamakan nyawa manusia. [2]

Boleh fahami bagaimana sistem Islam itu apabila diterjemahkan di dalam sesebuah pemerintahan, akan mewujudkan suasana tenteram sekalipun diuji dengan COVID-19.

(4) Bahkan Malaysia diiktiraf di peringkat Antarabangsa sebagai antara negara hebat dalam menangani COVID-19 [3]. Walaupun orang tak sedar sebenarnya sistem Islam diaplamentasikan dalam pengawalan ini.

Ibnu Khaldun dan sumber manusia

(1) Apa kaitan pemikiran Ibnu Khaldun dengan kaedah kawalan COVID-19 di Malaysia? Apa yang ingin diutarakan ialah, Islam menekankan maqasid penjagaan nyawa manusia.

Kerajaan hari ini ‘berani’ untuk mengeluarkan peruntukan sebegitu besar untuk menjaga nyawa rakyatnya tanpa mengira bangsa. Berbeza dengan Kerajaan PH sebelum ini yang dilihat agak kedekut.

(2) Ibnu Khaldun di dalam kitab المقدمة ada mengulas hal ini apabila menceritakan mengenai keutamaan nyawa rakyat untuk membina negara. Iaitu dengan membina intelektual.

Bahasa mudahnya, duit habis tak ada masalah, asalkan masih bernyawa, kerana nak bangunkan negara perlu ada orang. Kalau duit banyak, tapi tiada sumber manusia, negara itu bakal gagal.

(3) Itulah yang dilihat oleh Ibnu Khaldun bahawa sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah tamadun itu dibina dengan kecerdikan rakyatnya. Itu lebih utama berbanding kekayaan.

Bahasa mudahnya, duit kalau banyak sekalipun, tapi tak cerdik tak guna juga. Sebab itu selepas COVID-19 mesti membina intelektual, bagi memulihkan ekonomi negara.

(4) Sumber manusia adalah sumber terpenting dalam sesebuah negara. Kita boleh lihat sesebuah negara yang hanya mementingkan aspek ekonomi, ekonominya hebat, tetapi kes jenayahnya tinggi.

Negara kaya, tapi tak selamat. Itulah yang tergambar di negara-negara Barat. Apabila COVID-19 melanda negara mereka, rakyat mereka bangkit menentang perintah berkurung. Menjadi bukti negara itu mengalami masalah intelektual.

Kisah Raja Zulqarnain

Allah S.W.T menceritakan banyak kisah di dalam al-Quran bahawa sumber manusia itu adalah sumber terpenting dalam membina negara. Antaranya kisah Raja Zulkarnain yang memanfaatkan sumber manusia berbanding cukai:

قَالُوا۟ یَـٰذَا ٱلۡقَرۡنَیۡنِ إِنَّ یَأۡجُوجَ وَمَأۡجُوجَ مُفۡسِدُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ فَهَلۡ نَجۡعَلُ لَكَ خَرۡجًا عَلَىٰۤ أَن تَجۡعَلَ بَیۡنَنَا وَبَیۡنَهُمۡ سَدࣰّا ۝

“Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”” (94)

قَالَ مَا مَكَّنِّی فِیهِ رَبِّی خَیۡرࣱ فَأَعِینُونِی بِقُوَّةٍ أَجۡعَلۡ بَیۡنَكُمۡ وَبَیۡنَهُمۡ رَدۡمًا

“Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.” (95)

(2) Serangan Yakjuj dan Makjuj yang diceritakan di dalam ayat ini hampir sama dengan situasi COVID-19 pada hari ini iaitu melibatkan nyawa rakyat. Ia diselesaikan bukan dengan cara mengenakan cukai kepada rakyat, akan tetapi dengan kerjasama.

Ya, dalam mengatasi COVID-19 perlu gunakan tenaga kepakaran. Biar pun kos yang dikeluarkan besar. Saya tidak dapat membayangkan sekiranya ada Kerajaan yang menaikkan cukai untuk tanggung kos banteras COVID-19.

(3) Peruntukan yang besar di bidang kesihatan adalah berbaloi selaras dengan kisah Raja Zulqarnain. Begitu juga kos besar yang diperuntukkan untuk memastikan bekalan makanan dan keperluan mencukupi.

Berkongsi idea

(1) Selain daripada kisah Raja Zulqarnain, antara kisah yang membuktikan perlunya sesebuah negara terhadap sumber manusia, ialah kisah Nabi Yusuf A.S. Negara Mesir ketika itu bakal berhadapan situasi kemarau.

Lalu Nabi Yusuf A.S memberikan idea yang terbaik untuk menyelamatkan negara (nyawa rakyat). Hal ini sangat selari dengan pemikiran Ibnu Khaldun mengenai konsep pembinaan intelektual.

(2) Sama juga dalam kisah Perang Ahzab, Umat Islam di Madinah berbincang bagaimana untuk menghadapi tentera Ahzab. Lalu muncul Salman al-Farisi dengan ideanya.

Iaitu idea membina parit, berdasarkan pengalamannya. Lalu parit dikorek bersama-sama masyarakat Madinah, sebagai bukti keperluan kepada sumber manusia.

(3) Sangat banyak pedoman untuk dijadikan contoh yang menggambarkan keutamaan menjaga nyawa yang digariskan oleh Islam. Maka, selepas COVID-19 perlu kepada kerjasama untuk membina negara.

Hal ini telah saya tuliskan dalam artikel sebelum ini [4] dan turut disebut oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam artikel yang bertajuk COVID-19: Apakah Langkah Selepasnya. [5]

(4) Antara yang dinyatakan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang;

“Setiap rakyat boleh memberi sumbangan masing-masing secara fardhu ain (wajib ke atas tiap-tiap seorang) dan fardhu kifayah secara berkelompok mengikut tahap keilmuan dan kemahiran, sehingga tiada yang terkecuali seorang pun. Laksana kata-kata hikmah, “Yang gagah menumbuk padi, yang tempang menghalau ayam, yang buta menghembus lesung.”

Perlukan kerjasama

Dalam membincangkan persoalan mengenai sumber manusia, elemen paling utama ialah ‘kerjasama’. Hal ini juga telah saya huraikan dalam artikel sebelum ini. [4]

PAS memperkenalkan WINS2051 antaranya menekankan aspek kerjasama. Konsep kerjasama ini boleh dilihat ketika mengawal penularan COVID-19 pada hari ini.

(2) Iaitu kerjasama sesama manusia yang berlatar belakangkan kemahiran berdasarkan surah al-Hujurat ayat 13. Begitu juga kerjasama rakyat dan pemerintah. Kerajaan menggariskan aturan-aturan untuk PKP

Manakala rakyat perlu memberi kerjasama untuk melaksanakan PKP tersebut, bagi memastikan nyawa manusia terjamin. Di samping kebajikan dapat diteruskan.

(3) Realiti ini kita tidak dapat lihat di negara-negara besar, kerana adakalanya mereka lebih mementingkan survival politik berbanding nyawa rakyatnya.

Disebabkan pilihan raya bakal diadakan tak lama lagi, maka Kerajaan yang nak kekal berpengaruh perlu ikut sahaja kehendak rakyat untuk kekal bergerak bebas ketika COVID-19.

(4) Begitulah bagaimana Islam mengajarkan sistem untuk mengurus negara. Sekalipun Malaysia tidaklah mengisytiharkan sebagai negara yang melaksanakan sistem Islam, namun hakikatnya ia terlaksana.

Golongan Liberal yang hanya memikirkan Islam itu sekadar potong tangan, mungkin perlu kaji lebih mendalam mengenai sistem Islam supaya tidak ber’falasi’ ketika berhujah.

[1] https://www.sinarharian.com.my/article/79567/KHAS/Pendapat/Strategi-berani-pulihkan-ekonomi

[2] https://www.facebook.com/146911248727335/posts/2840943939324039/

[3] https://youtu.be/sA3ATmbLBtc

[4] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3654068237968243&id=100000953077134

[5] https://www.facebook.com/146911248727335/posts/2859322627486170/

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 20/4/2020

- Advertisement -