Tabung Haji maklum status haji tahun ini

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengurusan Tabung Haji akan memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai ibadat haji tahun ini sama ada ditangguh atau dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ustaz Ahmad Marzuk Shaary berkata, makluman mengenainya dibuat kerana bakal haji sudah membuat persediaan.

- Advertisement -

“Sama ada ia dibatalkan atau sebaliknya belum dapat dipastikan memandangkan sehingga sekarang belum ada pengumuman rasmi kerajaan Arab Saudi berhubung penangguhan ibadat haji tahun ini.

“Namun keputusan kerajaan berkenaan tidak membenarkan solat tarawih secara berjemaah di semua masjid di negara itu kemungkinan ia sebagai isyarat awal tiada ibadat itu tahun ini,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Bantuan Tabung Musa’adah Covid-19 Jakim di Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) di sini semalam.

Ahmad Marzuk juga berkata, berdasar perkembangan itu mungkin ia sebagai ‘signal’ awal tiada ibadat haji tahun ini.

“Bagaimanapun kita kena tunggu keputusan rasmi kerajaan Arab Saudi,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 20/4/2020

- Advertisement -