BERMULA tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 April 2020, Khidmat Malaysia Gombak (KMG) dengan kerjasama beberapa badan-badan bukan Kerajaan seperti Syabab Care, Persatuan Hulu Kelang Prihatin (PKHP), Rahmat Care, Humanitarian Inspired Global Organisation Malaysia (HIGOM), Maaruf Care, Persatuan Kebajikan Assakinah dan Pertubuhan Pendukung Dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) telah berjaya menyampaikan sumbangan kepada 11,569 penerima.
Sumbangan yang telah diberikan adalah berbentuk nasi bungkus sebanyak 7,000 bungkus, wang tunai bernilai RM21,500 dan pek makanan sebanyak 972 set. Sumbangan telah diberikan kepada penduduk yang memerlukan, tanpa mengira kaum mahupun agama.
Selain daripada itu, Persatuan Kebajikan Assakinah dengan kerjasama Syabab Care juga telah menyiapkan dan menyerahkan alat perlindungan peribadi (PPE) seperti pelindung muka (1,745 unit), gaun (400 unit), penutup kepala (400 unit) dan penutup kasut (400 pasang) kepada beberapa hospital dan klinik kesihatan (KK), antaranya Hospital Selayang, Pusat Darah Negara, Institut Jantung Negara, KK Hulu Kelang, KK AU2, KK Gombak Setia dan KK Batu 8. Kos keseluruhan sumbangan sehingga kini adalah berjumlah RM148,099.50.
KMG telah merancang aktiviti bagi fasa ketiga PKP dan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan pelanjutan perintah ini selepas tarikh 28 April. Bagi pihak KMG, diharapkan seluruh ahli PAS Kawasan Gombak terus memberikan sokongan dan bantuan bagi memperkasakan gerak kerja kita memberi khidmat kepada penduduk.
Kami mengalu-alukan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan agar bantuan dapat terus diberikan.
Butiran akaun adalah seperti berikut:
(1) Sumbangan pendduduk Hulu Kelang
Persatuan Hulu Kelang Prihatin
Maybank 562209658360. Ref: COVID19
Hubungi: Basith 0135975048
(2) Sumbangan penduduk Gombak Setia
Maaruf Care
Bank Islam 12225010013488 Ref: COVID19
Hubungi: Pn Nor Azam 0196547113
(3) Sumbangan penduduk Sungai Tua
Pertubuhan Syabab Prihatin dan Kebajikan (Syabab Care)
Maybank 562209653403
Hubungi: Ridzuan 01113377861
Yang menjalankan tugas,
USTAZ KAMALULHYSHAM MOHD SUHUT
Pengerusi Khidmat Malaysia Gombak – HARAKAHDAILY 20/4/2020