Awasi taktik penipuan jual ‘face mask’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kepada peningkatan kes penipuan penjualan topeng muka (face mask) secara atas talian mahupun secara bersemuka.

- Advertisement -

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerugian akibat penipuan dianggarkan mencecah RM4.2 juta.

Kata beliau, PDRM akan mengambil tindakan tegas dan meminta orang ramai supaya lebih berwaspada.

“Pembeli perlu membuat semakan akaun bank penjual sebelum membuat pembayaran,” ujarnya.

Beliau turut berkata, orang ramai boleh melayari portal semakan ‘Semakmule’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau status penjual dalam talian di laman web www.biztrust.ssm.com.my.

“Jadi tolong jangan mudah percaya kepada tawaran-tawaran murah topeng muka dan peralatan lain. Pastikan semak dahulu sebelum membuat pembelian,” kata beliau semasa sidang media di Putrajaya hari ini.- HARAKAHDAILY 20/4/2020

- Advertisement -