Justifikasi Sidang Parlimen dijadual sehari wajar diterima

- Advertisement -

SAYA terbaca bantahan yang disuarakan oleh beberapa orang pemimpin PH ekoran Parlimen hanya dijadualkan bersidang selama sehari sahaja pada Mei ini. Tentunya sentimen yang dimainkan, Kerajaan PN takut nak berhadapan dengan PH. Ada beberapa perkara yang perlu difahami:

- Advertisement -

Pertama; Kita berada dalam tempoh PKP dengan pelbagai sekatan yang sedia dimaklumi.

Kedua; Tertulis dalam Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri bahawa Parlimen atau Dewan Undangan Negeri perlu bersidang tidak lewat 6 bulan dari tarikh sidang yang terakhir. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya.

Ketiga; Kerana itulah beberapa negeri seperti Terengganu dah Kedah telah mengadakan Sidang DUN secara yang paling ringkas dalam tempoh PKP ini. Sidang yang berlangsung hanya sekitar 1 jam adalah untuk memenuhi tuntutan yang dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri agar pembubaran dewan tak berlaku secara automatik yang membawa kepada PRU.

Keempat; Begitu juga saya melihat justifikasi Parlimen hanya bersidang sehari sahaja dalam bulan Mei ini. Ianya adalah untuk memenuhi keperluan Perlembagaan Negara agar Parlimen tak terbubar dengan sendiri. Lepas PKP, sidang boleh diteruskan macam biasa. Boleh berbahas panjang dan silalah kalau nak kemukakan usul undi tak percaya kepada PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kelima; Kita dalam tempoh PKP, menyantuni rakyat yang sedang berdepan dengan musibah. Ketepikan dulu politiking dan mari bersama kita jaga negara tercinta ini.

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat – HARAKAHDAILY 19/4/2020

- Advertisement -