Covid-19: 84 kes baharu, 95 disahkan pulih

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan terdapat 95 kes Covid-19 telah disahkan pulih pada hari ini dengan jumlah kumulatif keseluruhan kes sembuh 3,197 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat jam 12.00 tengah hari tadi, 84 kes baharu direkodkan.

- Advertisement -

Ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan setakat ini 5,389 kes.

“Kes kematian ke-89 adalah kes ke 4,769 merupakan seorang lelaki berumur 51 tahun. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor dengan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan penyakit buah pinggan.

“Beliau juga mempunyai kontak rapat kepada kes ke-2,726,” katanya semasa sidang media di sini sebentar tadi.

Dengan mengambil kira 3,197 yang sudah pulih termasuk 95 yang dilapor pulih hari ini, bermakna kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 2,103 kes.

Sementara itu tambahnya, terdapat satu kes kematian dan menjadikan kes keseluruhan 89 kes.

Dalam pada itu, terdapat 46 kes masih di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 26 memerlukan bantuan pernafasan.- HARAKAHDAILY 19/4/2020

- Advertisement -