KKM cadang penghantar makanan buat saringan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Garis panduan berkaitan pengagihan bantuan Covid-19 oleh wakil rakyat atau pihak yang mempunyai jawatan dalam kerajaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam penelitian dan perbincangan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sedang menelitikan dan membincangkan perkara tersebut, mungkin akan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

- Advertisement -

Ditanya berkenaan jumlah penghantar makanan yang positif Covid-19, katanya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai data keseluruhan.

Namun beliau meminta supaya penghantar makanan perlu membuat saringan di klinik kesihatan atau klinik swasta.

“Penghantar makanan kita tiada data untuk mengatakan jumlah mereka yang positif tetapi apa yang pasti kita akan laksanakan satu ujian saringan untuk mereka yang boleh dibuat di klinik kesihatan atau klinik swasta.

“Ujian tersebut bagi memastikan mereka (penghantar makanan) sihat dan tidak menjangkiti atau dijangkiti semasa menghantar makanan,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Menurutnya, semua pengendali makanan perlu mendapatkan kelulusan daripada KKM seperti mana peraturan yang sedia ada.

“Sekarang ini kita melihat kepada penghantar makanan dan kita sedang pertimbangkan untuk mendapatkan semua penghantar makanan untuk melalui saringan kesihatan kalau mereka didapati sihat baru mereka dibenarkan untuk hantar makanan,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 18/4/2020

- Advertisement -