PKP: Agih bantuan atas kesepakatan PN

- Advertisement -

KUALA KRAI: Wakil-wakil parti kompenan Perikatan Nasional (PN) di sini dijemput pada penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parimen Kuala Krai Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, penyampaian sumbangan itu bukan atas nama mana-mana parti, sebaliknya kesepakatan dalam PN.

- Advertisement -

Katanya, sumbangan kerajaan Persekutuan diagih kepada semua rakyat yang terjejas tanpa mengira fahaman politik.

“Tidak berbangkit hanya penyokong PAS sahaja yang menerima sumbangan,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk yang terkesan di Kampung Guchil dan Rumah Kekal Baru Sungai Durian dekat sini semalam.

Menurutnya juga sumbangan diberikan kepada penduduk melalui aduan yang diterima melalui penghulu atau pimpinan setempat.

Selain itu tambahnya, aduan rakyat di media sosial turut diambil kira bagi memastikan tiada rakyat tidak tercicir menerima sumbangan.- HARAKAHDAILY 17/4/2020

- Advertisement -