Nicole ucap terima kasih layanan mesra Zailah

Nicole Wong (kiri) ketika mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff tengahari, hari ini.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff yang sudi bertemu dan memberi layanan mesra ketika kunjungannya di kementerian itu.

Menurut Nicole, semasa pertemuan itu banyak perkara yang telah dibincangkan.

“Kami berdua mencapai persefahaman dan berpendapat bahawa isu komuniti merupakan suatu isu yang harus ditangani baik sebelum dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

“Selepas ini, saya berharap agar kami akan bertemu lagi untuk membincangkan banyak lagi soal kepentingan rakyat,” kata Nicole selepas mengadakan pertemuan dengan Siti Zailah.

Beliau membuat kunjungan hormat ke pejabat Dato’ Siti Zailah jam 1 tengahari tadi.

Sebelum ini, Nicole telah memohon maaf secara terbuka kepada Siti Zailah berhubung kenyataannya di Twitter.

Nicole dalam kenyataannya sebelum ini mengkritik saranan Siti Zailah berhubung tips menghadapi permasalahan rumah tangga yang pada pendapatnya tidak relevan untuk isteri berdiam diri terhadap suami yang dayus.- HARAKAHDAILY 17/4/2020

- Advertisement -